"Salam, ni Tn Hanif k"
Salam ya. Bole saya tau ni siapa tq
"Farook, kita selalu jumpa masa ia conference."
Saya wife dia.
"Ooo ye ke... No hp dia ada ke"
u tak dengar cerita
"maaf... tak dengak"
Hanif dah tinggalkan kami sekeluarga buat selama2nya julai 2012. Meninggal mengejut di universiti:
"Astagfirullah... Allahuakbar..
"Takziah..maaf Pn."
.................................................
Part of our messages...
2 years 8 months and 27 days. How time flies. I rarely browse thru the tab. Very rare. It holds many contact numbers of arwah's friends. Recently, looking at it and said to myself . Why not. Yes . I was right. A whatts app message from someone. I replied and he was shocked to hear about the news. When there is a message it wakes me up and to recall, to hold and to flashback what exactly had happened...
Arwah ada ramai kawan dan masih ada yang belum tahu biarpun bertahun telah berlalu. Years go by. Memories remain. Hanya doa , kenangan dan bercakap sendiri seolah2 kita berbual.Lagi2 bila buntu untuk membuat sesuatu keputusan. Bila berdepan dengan situasi yang amat sukar untuk di hadapi. Terkenang waktu dulu. Bila bingung terus called dan puas hati dapat penyelesaian. Lagi2 perihal anak-anak. Hanna pun macam tu. Bila gaduh dengan abang called dapat pujukan terus diam sekelip mata. Tapi sekarang nangis sampai puas baru diam.
Berfikir sendiri dan buat keputusan. Nak berkonsi dan minta pandangan tiada lagi. Tapi masih mahu yang terbaik. Buat apa yang termampu dan selebihnya berserah. Tidak mudah. Takut tersilap.
Tambah lagi pelbagai isu yang masih belum selesai. Manusia, undang-undang dan protokol kekadang meletakkan kami di tempat yang sukar. Ada jalan mudah tetapi lebih suka memilih jalan yang 'complicated' untuk kami hadapi.
Keeps telling and questioning myself. Ujian Allah. Kifarah. Segalanya mungkin dan hanya Dia yang tahu yang terbaik. Undeniable.
Tapi saya hanya manusia yang amat lemah. Walaupun tahu itulah kesimpulannya tetapi kekadang ia memilukan. Berkongsi cerita. Orang dah muak. Sudah bertahun dan tidak relevan kepada mereka. Tiada kepentingan. Tapi masih ada yang terus menyokong. Keluarga saya.Alhamdulillah. Teringat saya waktu di mahkamah. Kata2 pegawai faraid itu terngiang2. "Puan ank2 ni bukan tanggungjawab puan seorang. Semua waris wajib bertanggunjawab". Senang atau susah. Anak sulung, Syakira pun dengar dan masih ingat.
Coretan di blog langsung bukan meraih simpati. Sebagai kenangan esok2 hari dan jika ada yang terbaca dan sudi berkongsi semoga dapat menjadi tauladan dan terbuka pintu hati untuk memudahkan situasi. Kadang2 berkias itu lebih mudah difahami dari berterus terang kepada sesetengah pihak.
Bermohon agar semua dipermudahkan dan dibukakan pintu hati agar membantu kami menyelesaikan segala2 dengan tenang. Tiada apa yang perlu disekat2 dan di tunggu2. Life is too short. Berilah peluang ank2 ini membesar seperti orang lain tanpa perlu mewarisi masalah yang ada, Percayalah. Semua yang dilakukan hanya untuk memudahkan mereka dimasa akan datang. Tiada muslihat. Supaya bila tiba saya dijemput Allah tidaklah anak2 ini terbeban dengan masalah yang diwarisi sebagaimana saya lalui ketika arwah pergi. Hal2 dan proses perwarisan ini sesungguhnya agak lama dan rumit. Tetapi ada jalan mudah sebenarnya jika pihak yang terlibat membuka hati dengan penuh kasih sayang dan ikhlas kerana Allah. Jika tidak banyak sekurang2nya letakkanlah sedikit kepercayaan kepada saya. Secara waras ank2 ini masih jauh perjalanan hidup berbanding kita yang ada. Apalah salahnya tidak terlalu berkira dengan mereka.
Hanif telah pergi dan tidak perlu lagi memikirkan dunia. Saya masih terus di sini berdoa dan berhadapan dengan manusia dan masalah dunia yang kadangkala menjengkelkan.Nak tak nak kena hadapi demi amanh yang ditinggalkan ini. Tiada perlu rasa kesal , dendam, hasad dan dengki. Minta dijauhkan perassn berburuk sangka. Semuanya kerana tanggunjawab tetapi saya bukanlah sekuat yang disangka. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya dan ank2 kini dan akan datang.
Kepada arwah Hanif semoga Allah sentiasa melindungimu dari azab dan fitnah kubur. Hanya doa dan ingatan sentiasa di berikan bersama2 anak- anak. Sangat teruja hati ini berangan-angan meniti titian sirat berpegang tangan menuju ke syurga jika di izinkanNya.
Al fatihah buat Allahyarham Mohd Hanif.