Wednesday, 10 August 2016

A Piece of Paper



Quite dislike the idea of sorting documents and bills. Simply because, it brings up memories...
Found this piece of paper safely in one of the files, and again, to share.......
Al - Fatihah...





Sunday, 10 July 2016

All about Life

Checked my previous post. Its been a while. A year ago. After four years, life is getting too occupied, with commitments and responsibilities.

As at 11th July, exactly four years ago, a final goodbye form arwah Hanif. Accepted the fate in confusion, a sudden shocking news. No matter what, life has to go on. Seeing the children grow from toddlers to teenagers, witnessing their changes from one phase of life to another, what a great expereince. But when certain things not settled as planned, when the children strted to raise their dissatifaction, a feeling of confusion mingled in my mind. Have I done my role brilliantly? Am i a great mom and dad to them? Am i a failure? Lagi2 pula bila ank2 tanya why cant i do this, kenapa dia boleh , kenapa I tak boleh. Have i being biased to my children? There are things that mama cant be able to explain, a matter of being obedient and thats about it. End of discussion. This is a real challenge. Memang , it is fated, dugaan dari Allah terima dengan redha, jangan berburuk sangka tapi kekadang teremosi juga. Nak bawa berbincang dah tak ada. Typical mom i suppose, bila stuck  kita mesti cakap "pegi tanya papa/abah" kan.
Bila tengok ibu tunggal yang dapat didik ank2 berjaya dunia dan akhirat, teruja, rasa confident and motivated. Tapi  bila tengok pula ibu tunggal ni ditinggalkan ank2 jadi tak tentu arah, menyusahkan semua, dah rasa stress pulak. trust me, the feeling of fear remins until they grow and mature. Serah pada Allah sepenuh hati, itu yang penting but then melihat macm2 yang jadi jadi cemas juga.

To thise followers and friends who read my post, please do not ignore ur loved ones if they are in confusion. Especially wanitalah. Sangat fragile. Kalau tak kerana support dari family saya sendiri, jiran tetangga dan  rakan2 arwah saya pun tak tahu apa yang saya dah buat 4 tahun leps. Moral support, contribution, sponsors dari wang ringgit sampailah kpd makan pakai, hanya Allah yang balas jasa kalian semua.Masa tulah support, muhasabah diri tu penting. I took time to settle. And I am still working on it. Waris2 amat memainkan peranan sebab ini adalah amanah, bukan isteri simati saja. Amanah kalau tak baut akan dipersoalkan. Saya ada terbaca tulisan seorang ustazah, terutama si penerima harta pusaka. Ini semua penting dalam membantu keluarga yang ditinggalkan membentuk semula keyakinan diri dalam meneruskan hidup , tak kiralah banyak duit ke atau tidak. Itu tidak akan menafikan tjawab si penerima harta pusaka. Sekurang2 nya kalau ditinggalkan berharta kuranglah beban waris. A gentle reminder to all so everyone plays the role accordingly. In shaa Allah. Banyak terjadi kan kes2 yang tak sepatutnya. Mohon dijauhkan.

Baru2 ni attended a reunion getaway, with arwah's school matesThey enjoyed esp the boys.  Teruja.Haziq and Hakim felt ada uncle2 yang tanya khabar beria2, menepuk2 belakang mereka, berkongsi cerita tentang kenangn mereka bersama arwah di sekolah. They missed the time.Mana tak nya, Hakim yang memang selalu tak cakap banyk tapi kali ni, begitu  teruja cerita kat kami dalam kereta otw balik. Mama is still mama takkan sama kan. A kinda man to man talk and they seemed to enjoy the moment. Pakcik and makcik yang ada pula sentiasa sibuk katanya, bukan tak ingat nak jenguk tapi semua sibuk . Raya dah masuk hari ke 6 pun ada yang tak sempat jumpa ya. Alhamdulillah kalau ada ingatan pada ank2 buah waris ni. Memng zaman sekarang ni membuatkan kekangan masa. Yang penting tanggungjawab tak dilupakan. In shaa Allah.

Masih di bulan Syawal. Wp mama ni OKU sikit kali ni , tapi kita pergi jugalah beraya sini sana sikit. Syakira teruja nak pergi beraya lagi katanya. Nantilah kita tengok kalau ada rezki ya. Please pray for my speedy recovery to continue with my daily responsibililies as mom and dad. So many things to catch up and may Allah grant all of us with iman, sabar , taqwa , health, wealth and happiness.

To Arwah Hanif dan yang telah pergi, semiga ditempatkan dikanagan para solihin. Aamiin dan Al Fatihah...

Selamat Hari Raya . Mohon maaf diatas segala salah silap arwah dan kami sekeluarga.


Friday, 10 July 2015

11 July 2012 - 11 July 2015.

Exactly three years. Us. The five children grow, learn, explore and expose with new things in the absence of a father.

Three years. Many incidents happened. Happiness, challenges, sorrow and all in the absence of a husband. A sense of jeolousy would sometimes come across my mind seeing how perfect others are with their partners. Travelling together, witnessing their children grow together and celebrating anniversaries together. Lagi2 pula kadang2 tu ternampak pulak wives ni post gambarlah, itulah.inilah enjoying their beautiful moments together. Hmmm. Bukan apa mulalah teringat balik masa arwah ada tu dia rajin juga ingat and bagi card  and bawa for makan. Tapi tidaklah romantik. Selalunya kad akan diletakkan di atas meja and terus gi kerja. Alih2 baru nmpak ada card bday ke anniversary ke. Macamtu je. Kenangan manis tu walaupun sangat tak romantik. Manusia macam saya cepat terasa. Apapun saya.cuba kikis rasa sebak tu. My time is over. Always remember that.

"Hanif, anak kita dah besar2. Husna Syakira ni dah pandai cari duit and rajin sangat nak belanja adik2. It is a relief. Tapi terlalu sibuk dengan mcm2 activities just like you.!!Ada je yang dia nak buat and dapat duit lebih sikit nak bawak kami makanlah and terkini nak.belikan mama hand phone baru pun ada!  Usaha keras dia.mencari extra pocket money. Hasya pulak ikut perangai hanif , terror juga bab2 jalan. Jadi tu alhamdulillah senang sikit lagi2 zan yang selalu tak berapa familiar dengan routes ni. Haziq dah bole guna rxz yang kita sama2 pegi ambil 19 tahun dulu. Hakim pula kalau tengok dia.memang macam fotostat, muka sama. Hanna biasalah baru semalam cerita teringat sambil senyum2 the fun she had esp bila hanif mandikan and gosokkan gigi dia." I will keep on updating thimgs about the children like any other wives. A feeling of satisfaction although it is actually a one way communication.

Time to think about life ahead. Yang dah pergi biarlah pergi. Hanya kenangkan yang baik2 sahaja about arwah. Memanglah selalu cakap macam tu tapi bila something happen and time to make an important decision mulalah.Masa tu start ganggu family lah , rakan2 lah minta pandangan. Rakan2 arwah pun kena kacau. A matter of sharing. Sorry coz tak habis2 minta tolong ya wp dah 3 tahun being alone as a parent Nak juga kacau. Give me time to be 100% independant....

Apapun semoga arwah hanif diampunkan dosa2nya dan saya akan terus berusaha untuk menyelesaikan.apa juga yang datang dengan sedaya upaya. Semua perkara ambil masa yang lama untuk diselesaikan. Ada even yang kena tunggu hanna menjangkau 18 tahun baru bole settle. Apa nak buat mohon segalanya di permudahkan. Semuanya berubah. Neverthesless everything is different. Life style, prorities, relationship, perception and many more. Leave it to Him.

Alfatihah buat Allahyarham Mohd Hanif dan semua ahli kubur......










Sunday, 26 April 2015

Everlasting Friendship


"Salam, ni Tn Hanif k"
     Salam ya. Bole saya tau ni siapa tq
"Farook, kita selalu jumpa masa ia conference."
     Saya wife dia.
"Ooo ye ke... No hp dia ada ke"
     u tak dengar cerita
"maaf... tak dengak"
Hanif dah tinggalkan kami sekeluarga buat selama2nya julai 2012. Meninggal mengejut di universiti:
"Astagfirullah... Allahuakbar..
"Takziah..maaf Pn."
.................................................

Part of our messages...

2 years 8 months and 27 days. How time flies. I rarely browse thru the tab. Very rare. It holds many contact numbers of arwah's friends.  Recently, looking at it and said to myself . Why not. Yes . I was right. A whatts app message from someone. I replied and he was shocked to hear about the news. When there is a message it wakes me up and to recall, to hold and to flashback what exactly  had happened...

Arwah ada ramai kawan dan masih ada yang belum tahu biarpun bertahun telah berlalu. Years go by. Memories remain. Hanya doa , kenangan dan bercakap sendiri seolah2 kita berbual.Lagi2  bila buntu untuk membuat sesuatu keputusan. Bila berdepan dengan situasi yang amat sukar untuk di hadapi. Terkenang waktu dulu. Bila bingung  terus called dan puas hati dapat penyelesaian. Lagi2 perihal anak-anak. Hanna pun macam tu. Bila gaduh dengan abang called dapat pujukan terus diam sekelip mata. Tapi sekarang nangis sampai puas baru diam.

 Berfikir sendiri dan buat keputusan. Nak berkonsi dan minta pandangan tiada lagi. Tapi masih mahu yang terbaik. Buat apa yang termampu dan selebihnya berserah. Tidak mudah. Takut tersilap. 

Tambah lagi pelbagai isu yang masih belum selesai. Manusia, undang-undang dan protokol kekadang meletakkan kami di tempat yang sukar. Ada jalan mudah tetapi lebih suka memilih jalan yang 'complicated' untuk kami hadapi.

Keeps telling and questioning myself. Ujian Allah. Kifarah. Segalanya mungkin dan hanya Dia yang tahu yang terbaik. Undeniable.

Tapi saya hanya manusia yang amat lemah. Walaupun tahu itulah kesimpulannya tetapi kekadang ia memilukan. Berkongsi cerita. Orang dah muak. Sudah bertahun dan tidak relevan kepada mereka. Tiada kepentingan. Tapi masih ada yang terus menyokong. Keluarga saya.Alhamdulillah. Teringat saya waktu di mahkamah. Kata2 pegawai faraid itu terngiang2. "Puan ank2 ni bukan tanggungjawab puan seorang. Semua waris wajib bertanggunjawab". Senang atau susah. Anak sulung, Syakira pun dengar dan masih ingat. 

Coretan di blog langsung bukan meraih simpati. Sebagai kenangan esok2 hari dan jika ada yang  terbaca dan sudi berkongsi semoga dapat menjadi tauladan dan terbuka pintu hati untuk memudahkan situasi. Kadang2 berkias itu lebih mudah difahami dari berterus terang kepada sesetengah pihak. 

Bermohon agar semua dipermudahkan dan dibukakan pintu hati agar membantu kami menyelesaikan segala2 dengan tenang. Tiada apa yang perlu disekat2 dan di tunggu2. Life is too short. Berilah peluang ank2 ini membesar seperti orang lain tanpa perlu mewarisi masalah yang ada, Percayalah. Semua yang dilakukan hanya untuk memudahkan mereka dimasa akan datang. Tiada muslihat. Supaya bila tiba saya dijemput Allah tidaklah anak2 ini terbeban dengan masalah yang diwarisi sebagaimana saya lalui ketika arwah pergi. Hal2 dan proses perwarisan ini sesungguhnya agak lama dan rumit. Tetapi ada jalan mudah sebenarnya jika pihak yang terlibat membuka hati dengan penuh kasih sayang dan ikhlas kerana Allah. Jika tidak banyak sekurang2nya letakkanlah sedikit kepercayaan kepada saya. Secara waras ank2 ini masih jauh perjalanan hidup  berbanding kita yang ada. Apalah salahnya tidak terlalu berkira dengan mereka.

 Hanif telah pergi dan tidak perlu lagi memikirkan dunia. Saya masih terus di sini berdoa dan berhadapan dengan manusia dan masalah dunia yang kadangkala menjengkelkan.Nak tak nak kena hadapi demi amanh yang ditinggalkan ini. Tiada perlu rasa kesal , dendam, hasad dan dengki. Minta dijauhkan perassn berburuk sangka. Semuanya kerana tanggunjawab tetapi saya bukanlah sekuat yang disangka. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk saya dan ank2 kini dan akan datang.

Kepada arwah Hanif semoga Allah sentiasa melindungimu dari azab dan fitnah kubur. Hanya doa dan ingatan sentiasa di berikan bersama2 anak- anak. Sangat teruja hati ini berangan-angan meniti titian sirat berpegang tangan menuju ke syurga jika di izinkanNya. 

Al fatihah buat Allahyarham Mohd Hanif. 

Thursday, 21 August 2014

Memories

While looking through at the papers and files in the bedroom last two days, I found few copies of photos during the convocation of arwah Hanif. It was exactly 20 years ago in Leicester.



Husna Syakira dan arwah
Sedang sibuk kongsi gambar arwah dengan my son Hakim, tiba2 mendapat call dari hp number arwah yang masih kami simpan. Mr. Collin called and would like to speak to En. Hanif, katanya. Sekali lagi saya terangkan kepadanya, "Mr. Collin, my husband is no longer around and it was a sudden death two years ago". Mengeluh panjang beliau and saya perlu terangkan buat sekelian kalinya untuk memaksa beliau mempercayai cerita ini.

Sebenarnya di sepanjang dua tahun pemergian arwah, masih ada yang hubungi untuk berbincang dengannya apalagi kalau bukan kerana kerja, moderation of exam papers, PTPL, INCEIF and many more. Baru nak saya lupakan sedikit demi sedikit tetapi pasti akan ada yang mengingatkan saya tentang peristiwa dua tahun lepas itu. Perasan ingin tahu si pemanggil tentang bila bagaimana dan kenapa arwah pergi di dalam usia muda membuatkan saya mengenag kembali kronologi detik pemergiannya satu persatu. And now Im telling myself i need to allow maybe for another 5 years or 10 years to really accept and to let it go..


Arwah Hanif , 40 days before he passed away



In Gold Coast, Australia July 2012, a week before his demise)

In Jakarta (6 July 2012, 5 days before his demise)














By the way, I guess it's still never too late to wish Eid Mubarak to all muslims.. Masih di bulan Syawal dan masih penuh dengan jemputan rumah terbuka.


Tidak ketinggalan juga jemputan dari kawan2 arwah yang masih mengannggap kami as part of them. Thanks a lot. Held in Bangi. Really enjoyed the time observing and admiring the life long friendships between them.The tahlil session touched my heart.




Million thanks to Ustaz Nasrun, his dearest wife and the whole family for the great hospitality. May Allah bless..

Our sincere thanks to Geng SMAWP 85-87 for the great and wonderful get together. If only arwah is still around....

May I admit that the photos, the phone call, the gathering and the stories I shared with Pn.Nona, En. Hazran and  Ms Adib and the others today brought back many memories about him...Al-Fatihah.






Wednesday, 11 June 2014

Positive Thought Vs. Negative Thought

It's been quite sometime since my last post. Too occupied and finally manage to write something today.

Positive thought versus negative thought. The greater power of negative thought over the positive ones is always found everywhere, in life events, close relationship, interpersonal interactions and even during learning processes. Everyone admits it is very unhealthy and definitely against the rule of Islam but I'm not wrong to say this is very common among muslims.

Buruk sangka adalah seperti makanan seharian. Kita suka membuat andaian bagi pihak orang lain sedangkan belum pasti kesahihannya. Penyakit hati yang sangat buruk dan terus menerus jika dibiarkan, dari situlah timbul hasad, dengki, memandang serong dan berbagai lagi. punca utama memutuskan silaturrahim dan perpecahan. Complaining and keeps complaining for almost everything.


Rasulullah s.a.w. bersabda..

“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

Apapun saya juga mengingatkan diri sendiri supaya cuba sebaik mungkin berbaik sangka selalu. Memang sukar untuk dilakukan.. Didik hati dan mulut supaya tidak cepat melatah dan menghakimi orang lain. " Duit banyak, business bagus tapi hutang tak nak bayar". Selalunya duit  menjadikan manusia berburuk sangka. Tanpa kita tahu apa yang diusahakan dan apa masalah yang dihadapi, kita terus menjatuhkan hukum. Lebih teruk lagi bila kita sendiri menjauhkan diri dan memutuskan silaturrahim di atas andaian buruk sangka tersebut. Kekadang anak2 juga kena tempiasnya. "Lama tak datang rumah, ke memang dah tak nak datang langsung"?  Belum sempat dijawab sudah dihakimi sendiri. Buruk sangka lagi, kasihan pulak dengan ank2 tidak diberi kesempatan langsung untuk menerangkan sendiri.
Minta petunjuk dan hidayah dariNya. I am writing thru real life experience, to share and hope to learn from mistakes. 

“Jangan sesekali kita membenci orang. Jangan sesekali kita memikirkan yang jahat tentang orang.  Fizikal kita akan lemah bila hati dan akal kita lemah dan negatif. Yang negatif akan terus akan jadi negatif jika kita terus negatif tentang mereka. Maka teruskanlah berfikiran positif. Akal akan mempengaruhi hati. Hati akan mempengaruhi perbuatan. Lantas perbuatan akan membuahkan hasil. Maka, jika negatif yang difikirkan maka negatiflah hasilnya. Jika positif yang difikirkan, maka positiflah hasilnya.”
 (Prof. Muhaya)


JUDGING A PERSON DOES NOT DEFINE WHO THEY ARE.....IT DEFINES WHO YOU ARE.

Wallahualam......

Selamat Berpuasa, semoga hari esok lebih baik dari hari ini...

Friday, 28 March 2014

Recite and Understand


The incident of MAS is all about fate and as muslims, "redha dengan ketentuanNya".
I must admit that i am more fortunate in the experience of the sudden demise. When it happened it was fated and definite with no assumptions and uncertainties unlike the family members  of MH 370. I could feel how hurt and painful it was when informed about the tragedy for the very first time.  Sad,  shocked, terrified,  scared and definitely feeling insecure.

Di dalam situasi yang sukar untuk diceritakan,  kekadang kita terlupa rupa2 nya berkongsi perasaan takut kepada orang lain boleh mengundang salah faham dan seterusnya  membuka ruang untuk di hakimi tanpa usul periksa secara berterusan. Mungkin ada yang menganggap tidak bersyukur atas nikmatNya berbanding dengan orang yang lebih malang, pentingkan diri sendiri, dan ambil sikap senang lenang dengan apa yang ditinggalkan sedangkan orang lain bertunkus lumus bekerja. Pada hakikatnya semuanya tidak tepat.  Bila keadaan sebenar diketahui,  barulah disedari semuanya andaian semata2. Tidak ada siapa yang salah kerana memang lumrah manusia untuk sering membanding dan tidak berpuas hati. Semua yang terjadi tidak  dirancang dan sebaiknya dijadikan tauladan bukan dendam yang memakan diri sendiri termasuk diri saya.

Kesimpulanya,  saya banyak belajar dari kesilapan.  Bila berlaku musibah,  jangan lepaskan rasa takut kepada sesama manusia walaupun kita terlalu mempercayainya tetapi hanya kepada Allah.  Tetapi,  tidak dinafikan di dalm keadaan "confused" kita akan terlalu percaya kepada manusia sedangkan Dialah tempat untuk meluahkn segalanya. Mohon,  cakap dan berbuallah denganNya,  in shaa Allah kita tidak nengundang syak wasangka seperti sesama manusia.  Itu silap saya dan akibatnya terlalu banyak andaian dibuat dari perkongsian cerita. Apapun,  ia mengajar supaya lebih berhati2 dan amat penting untuk membuat penjelasan dari membiarkan orang lain membuat andaian.  Apa yang berlaku perlu diperjelaskan dengan terang, dan sempurna,  selebihnya hanya berserah kepada Allah.

After the demise of arwah Hanif,  even until today,  I am always advised to accept and " redha". In shaa Allah ada rezki anak2 tu". In a way I feel thankful and makes me stronger. IT is very cliche esp. amongst Malaysians  to relate what is commonly described as "Ayat Seribu Dinar" with wealth.

 "Baca,  ayat ni selalu in, shaa Allah rezeki anak2 takkan putus. Hakikatnya apa yang penting bukan sekadar membaca dan menggantung di dinding sahaja tanpa memahami maksud,  tetapi maksud ayat yang sebenarnya menjadikan kita lebih yakin kepadaNya. Ayat ini lebih luas maksudnya dari sekadar mencari kekayaan. Maksudnya begitu syahdu dan sangat bermakna.  Begitu jugalah dengan ayat2 lain.



Kepada setiap insan-insan yang ditimpa musibah dan juga kepada diri ini kekuatan redha amatlah penting. Percayalah,  walaupun hampir 2 tahun diuji, saya akui saya tidak sempurna. Masih memerlukan masa di dalam mencari keredhaanNya.