Wednesday, 10 July 2013

11 JULY


Last year on the same date, 11 July 2012 changed our whole life. That phone call.... from his workplace was never expected. Puan Salina from the HR department at around 2.30pm informed me about Arwah being collapsed and the police  had arrived. "Saya nak inform suami Puan dah meninggal dunia".He had gone forever without saying goodbye. His last promise that morning was to Hanna "hari ni nak balik awal sikit and nanti kita jumpa ya", while hugging each other. Afrer few days, in her conversation with Kak Syakira, "papa cakap nak balik awal tapi tak balik pun, terus meninggal".

Before the phone call was received, packets of rice were delivered to our doorstep and I straight away asked Haziq to text arwah and informed him. Nevertheless he did not reply. I thought he might be very busy in the office after being in Australia and Jakarta for the past two weeks. Maybe later...I was wrong. He was dying and later we were informed about his demise.

Di dalam tempoh setahun pelbagai pengalaman baru ditempuhi. Semua dilihat sangat susah untuk ditempuhi.Masa berlalu dan hidup diteruskan dengan sokongan pelbagai pihak walaupun rupanya baru tersedar ada yang mengambil kesempatan di atas pemergiannya. Bantuan yang dihulurkan menjadi ungkitan sebagai pengorbanan kepada kami sekeluarga.

Apapun sokongan ikhlas dari orang lain, sahabat handai, jiran dan saudara mara mengatasi segalanya. Terina kasih tidak terhingga kepada semua yang ikhlas membantu kami kerana Allah. Hanya Dia yang membalas jasa kalian yang tidak tersebut nama-nama semua.

Contohnya, ketika sedang sangat kecewa dan putus asa diuji,  terasa seperti dikejutkan dengan nasihat yang sangat ikhlas dari kakak yang agak strict. Seperti terbangun dari tidur, thanks a lot kak. Bila begitu sedih dan pilu Lely lebih approachable untuk dikongsi together with my girls. Thanks to all and of course semua yang tidak jemu membantu. If uncle Ai,  Asyraf and Aiman selalu jadi mangsa but now I have Syamim to bring me everywhere. Selalu juga menyusahkan Rolfe dan Ruhaizat. In shaa Allah we will try our best.

To UNIRAZAK, lecturers, staff. Arwah's students,thanks a million.Tambahan pula hampir setiap minggu Syakira balik dengan pelbagai cerita dan sokongan dari rakan-rakannya juga.

Hidup diteruskan demi membesarkan kelima lima anak kami. Sayalah Papa dan Mama dan mencuba yang terbaik.

Peluang berjumpa dan mendapat nasihat dari orang yang berfikiran pisitif sangat membantu. Prof. Dr. Muhaya memberi nasihat yang sangat menyentuh jiwa dan in shaa Allah akan dijadikan panduan hidup.

"Bila orang buat kita, uji kita tak apa sebab dia nak bagi pahala tapi bila orang puji kita kena berhati hati takut timbul riak. Selalu ingat Allah ada dan orang-orang yang banyak keladak kita jauhkan".

Berharap dan berusaha untuk kehidupan yang lebih baik walaupun hanya sementara. Harap tidak disalah anggap kerana keadaan sudah berbeza, perlu labih berhati- hati dan tidak terlalu mempercayai. Menjauhkan diri dan bersikap biasa biasa sahaja adalah lebih selamat.

Semoga arwah suami Allahyarham Mohd Hanif dicucuri rahmat. Al fatihah.....